• 09-760 7310 / 019-9887979
  • Sabtu - Khamis: 9:00pg - 6:00ptg
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Banner / Bunting - Printshoppe Media

Banner /Bunting

Banner /Bunting yang cantik, unik dan menarik sangat berkesan dan mampu untuk menarik minat orang ramai serta dapat membantu mempopularkan lagi produk anda.  Terdapat perbezaan diantara Banner dan Bunting disini saya ingin jelaskan seringkas yang mungkin...


1) Tahu membezakan antara banner dan bunting.

Perkara paling asas sekali sebelum anda memilih untuk mengiklankan produk anda melalui banner atau bunting ialah Banner adalah melintang dan Bunting adalah menegak. Banner biasanya lebih besar daripada Bunting dan harganya lebih mahal dan hanya dipasang di tempat-tempat tertentu. Bunting yang berharga lebih murah biasanya dicetak dengan banyak dan dipasang. Jadi kalau anda mahu buat majlis yang kecil-kecilan dan mahu jimatkan kos cukup sekadar menggunakan bunting sahaja. Perbezaan yang lebih jelas boleh dilihat pada gambar di bawah.



2) Tahu saiz dan jenis banner atau bunting yang hendak dibuat.
 

Banner dan bunting mempunyai beberapa saiz tetap yang sering digunakan. Ia mungkin berbeza mengikut kemampuan mesin cetak tempat banner atau bunting itu dicetak, tapi mengikut kebiasaannya saiz banner dan bunting adalah seperti berikut:
– saiz banner: (12 kaki x 4 kaki) / (15 kaki x 4 kaki) / (10 kaki x 5 kaki) / (20 kaki x 4 kaki)
– saiz bunting: (2 kaki x 5 kaki)  / (2 kaki x 6 kaki) / (3 kaki x 6 kaki)
Saiz yang dinyatakan hanyalah sekadar panduan...


Bunting terdapat dalam 2 jenis yang dibezakan mengikut kaki bunting berkenaan. Iaitu bunting Tripod-Stand dan bunting T-stand (round-stand). Jadi jika anda berminat untuk Tempah Banner @ Bunting untuk Iklan Produk anda,  Majlis Kahwin, Event Company atau apa-apa saja program kami sedia membantu.