• 09-760 7310 / 019-9887979
  • Sabtu - Khamis: 9:00pg - 6:00ptg
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Mengenai Kami - Printshoppe Media

Mengenai Kami

Printshoppe Media ditubuhkan pada 30 Disember 2012 dengan beridentitikan syarikat milik perkongsian antara Noor Fazzle bin Mohd Zawawi dan Shabudin Bin Md. Sattar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) 1956 (pindaan 1987).

Printshoppe Media juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas no. rujukan pendaftaran 357-02209421. Printshoppe Media adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang mana teras utama syarikat adalah dalam bidang reka bentuk grafik, percetakan,  pengiklanan penerbitan dan membekal alatan percetakan kepada pelanggan.

Printshoppe Media mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dengan reka bentuk grafik dan percetakan.Printshoppe Media juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat.

Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Visi, Misi, Falsafah


Visi
Menjadi peneraju Utama dalam bidang industri kreatif yang berdaya maju dan mampu bersaing di semua peringkat di dalam dan luar Negara.
Misi
Melaksanakan tugas dengan Amanah dan Jujur.
Falsafah
Kami berusaha untuk memastikan kakitangan kami supaya sentiasa memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan serta permintaan di masa hadapan.